Category Archives: Music

Ipoh, Dunia & Pilihan

Biarkan Ipoh menjadi Ipoh. Selepas Hém muncul, satu lagi band yang datang ‘menyelamatkan’ Ipoh; RAKSAR. Tarikh 25 Disember 2020 adalah menandakan kelahiran single pertama RAKSAR dengan ‘Melakar’. Video single aku layan dari pukul 9 malam dan terus on the loop (bukan terus, berselang-selang dengan kehidupan harian) sampai ke waktu ini 3:22 PM. Sedikit kupasan peribadi […]

Apa Yang Ada Dengan Tahun 1998?

Tahun 1998, pasukan bola sepak Perak memenangi Piala Malaysia, gerakan reformasi, sukan Komanwel, LRT mula beroperasi, Dunhill di bawah paras 10 Ringgit dan pelbagai lagi perkembangan sosial yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum melabuhkan tirai era 90an. Beberapa hari lepas, saya singgah ke PBUY Studio yang terletak di Lebuh Cecil Rae, Canning Garden. Perasaan […]

Joni Mustaf: Avant-Garde di Bawah Kangkang Modenis

Aku ternampak beberapa hari lepas di dalam group whatsapp Ipoh Aging Youth di mana Jay ada menghantar satu futej video yang memaparkan Hafiz Chai, Syah dan Ayiq dalam satu sesi jamming bersama. Apabila aku menonton futej video tersebut, lantaran aku jadi ghairah apa benda Joni Mustaf ini sebenarnya. Fakta menarik, Syah merupakan pemain dram bagi kumpulan grunge […]

Gig Review: Leavings & Requin Southeast Asia Tour 2019

Event: Leavings & Requin Southeast Asia Tour 2019Organised by: Room Affect and Bacteria RecordsDate & Time: 15 August 2019 // 8 P.MVenue: Dream Projects HallAdmission Fee: RM 10.00 Gig was held last weekday where there were not many crowds flocked in the Dream Projects Hall. As supposed to start at 8 P.M as stated on the flyer, Ippie Gomas couldn’t […]

Muse, Serge Gainsbourg dan Perancis

Someone very dear to me, my muse, tagged satu foto di Instagram. Saya bangun pagi dengan melihat foto tersebut; Serge Gainsbourg dan Jane Birkin. Pasangan berdua ini popular dengan lagu, ‘Je t’aime… Moi non plus’. Serge adalah komposer/singer-songwriter kegemaran saya sepanjang zaman, sangat radikal dan controversial. Seorang playbuaya dan lelaki merbahaya. Ada tiga perkara penting […]

Pasca perbincangan“Forum Kebersamaan Dalam Komuniti”.

Topik forum ini amatlah besar dan berat untuk dibincangkan. Namun setiap perbincangan tetap juga berat dan membuatkan kita jangan malas untuk berfikir. Bercakap mengenai scene adalah seperti menyelesaikan sebuah soalan matematik yang diberikan dan memerlukan formula untuk mendapatkan jawapan. Maka begitulah perbualan mengenai industri muzik di bandar Ipoh. Berborak mengenai kebersamaan membawa erti dalam bahasa […]

Selamat Harijadi Arwah Kurt Cobain

Arwah Kurt Cobain adalah kawan baik yang tak pernah saya temui. Betapa pentingnya arwah dalam bersahabat dengan saya sangat sukar untuk digambarkan dalam hanya sebuah artikel santai begini. Tulisan ini saya karang daripada sebuah kawasan pinggir Ipoh, dikelilingi hutan dan bunyi kicau burung pagi mencari cacing. Arwah bercakap dan mengadu dengan saya tentang masalah-masalahnya, saya […]

DAK EDDIE SEPERTI YANG PATUT KITA KENAL TANPA MUZIK BISING BESERTA AKSI-AKSINYA YANG TIDAK PERNAH TIDAK MANIS.

  Memori boleh jadi apa yang berguguran di bawah pohon benak, dikutip satu persatu, letak dalam baldi sebelum dikopek kulitnya untuk dinikmati. Isinya boleh jadi macam-macam bila dikopek; mungkin seketul kenangan tentang pen pertama dalam hidup, mungkin keping-keping perasaan saat pertama kali diserang angau celebrity crush, mungkin gugusan perasaan nostalgik bila terdengar sejenis rangkap muzik […]