Someone very dear to me, my muse, tagged satu foto di Instagram. Saya bangun pagi dengan melihat foto tersebut; Serge Gainsbourg dan Jane Birkin.
Pasangan berdua ini popular dengan lagu, ‘Je t’aime… Moi non plus’. Serge adalah komposer/singer-songwriter kegemaran saya sepanjang zaman, sangat radikal dan controversial. Seorang playbuaya dan lelaki merbahaya.
Ada tiga perkara penting untuk orang Perancis; croissant, sastera dan Serge Gainsbourg.
Suara Serge ini tak sepatutnya membuatkan dia menjadi penyanyi–jika di Malaysia, kerana di Malaysia ramai orang beranggapan penyanyi adalah hanya tentang suara lunak dan merdu, tetapi itulah tarikan Serge; karakter dan gayanya yang tak ada pada mana-mana penyanyi pop lain di Perancis. Kalau dia menyanyi di Malaysia, sudah pasti dia dikutuk para netizen Twitter.
Kesian, terserdak arwah Serge di dalam kubur.
Taksubnya saya terhadap arwah Serge ini sehingga saya pernah melawat mendiang di kuburnya beberapa tahun lalu di Paris. Entah mengapa melawat kubur orang mati adalah salah satu kegemaran saya. Antara kubur-kubur orang mati lain yang pernah saya lawati seperti Jim Morrison, Baudelaire, Tristan Tzara, James Joyce, Sartre, Simone de Beauvoir dan beberapa orang lagi. Ironinya, kubur arwah opah dan atuk saya sendiri sudah lama tak saya kunjungi.
Jadi selepas aktiviti mengayuh basikal saya pagi tadi, bersarapan roti telur dan teh ais ceroi, lantas saya memutarkan lagu-lagu Serge sekembali ke rumah. Sudah agak lama juga saya tak mendengar si romantis Serge berdendang. Saya membayangkan wajah muse saya yang mungkin masih sedang tidur kerana dia ketika ini sedang bercuti, memutar balik suaranya dalam pita kepala dan tagging di Instagram itu adalah sarapan pagi enak saya.
Sebagai seorang lelaki budiman, saya haruslah mengembalikan budi baiknya.
Ini pula sarapan yang saya hidangkan untuknya, good morning, Sunshine.