29052022 – 8:28 Pagi, Rumah Ibu.

Bismillah. Dengan kasih sayang-Nya aku masih disini. Proses mengenal dan mengobati diri untuk menjadi manusia yang mampu berdiri kembali dan cuba mengejar cita-cita aku kembali.

Nov 2022, cubaan aku untuk disconnect dengan alam sosial sesama manusia. Aku cuba satu pilihan untuk mencari jawapan kenapa aku berperasaan begini. Perasaan yang tidak pernah rasa ‘settle’, Awal dulu aku cuba lalikan diri bahawa perasaan ini mungkin normal. Sepanjang kehidupan yang menjangkau 30 tahun, aku hanya ada perasaan ini; turun dan separa content. Mungkin normal. Tapi aku nekad aku ada tanggungjawab, aku ada cita-cita dan aku perlu usaha, pada tarikh Nov 26, ulang tahun lahir aku kedunia aku menyakinkan diri untuk berjumpa dengan pakar untuk mendapat pendapat kedua. Dari tarikh itu langkah baru aku kini bermula. Adakah ia MDD, GAD, ADHD atau Lazy? Aku harus terima dan harus sedia untuk melangkah.

Okay. Seterusnya — PeaceBeUponYou. Akan bermula semula (untuk beberapa kali) dalam skala asal. Dalam kertas ia akan berubah semula menjadi karya/art projek. Berskala kecil, lebih menumpukan proses pembuatan dan penceritaan. Akan diwujudkan satu entiti untuk bercerita. Mungkin medium penceritaan dalam bentuk video dan penulisan. Atas dasar pengunaan sosial media yang sayang jika tidak diterokai. Lagipun ia satu seni dan seni yang baik itu ialah perniagaan yang bagus bak kata Andy Warhol. Aku tidak akan mengabaikan PeaceBeUponYou, kerana ia satu usaha aku dari sebuah ekspresi bertukar menjadi cita-cita yang membawa aku kesini sampai hari ini.

Idea-nya: bermula semula secara mikro, hasil design atas ekpresi jiwa dan berkembang secara organik. iA

Bismillah & Alhamdulillah

Let’s do this!

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.