Arwah Kurt Cobain adalah kawan baik yang tak pernah saya temui.
Betapa pentingnya arwah dalam bersahabat dengan saya sangat sukar untuk digambarkan dalam hanya sebuah artikel santai begini. Tulisan ini saya karang daripada sebuah kawasan pinggir Ipoh, dikelilingi hutan dan bunyi kicau burung pagi mencari cacing.
Arwah bercakap dan mengadu dengan saya tentang masalah-masalahnya, saya juga berkongsi rasa yang sama, lebih-lebih lagi semasa remaja. Satu-satunya orang yang faham tentang angst dan kekeliruan semasa saya meningkat umur adalah arwah Kurt.
Cita-cita saya semasa kecil sangat mudah, mahu menjadi seorang kartunis. Sehinggalah saya mula berkenalan dengan arwah dan didengarkan kepada muzik bandnya, Nirvana. Segalanya berubah seratus-peratus, saya mahu menjadi seperti arwah, saya mahu jadi Kurt Cobain.
Jika ditanya, apakah band kegemaran saya sepanjang zaman, saya akan menjawab Nirvana sebanyak tiga kali sebelum datangnya band-band lain.
Selepas perkenalan kami, saya mula pandai memakai seluar jeans koyak dan berambut kusut-masai. Arwah mengajar, it’s okay to be ugly dan tak diterima masyarakat. Tak mengapa menjadi loser atau seorang failure, muzik arwah membawa cahaya kebenaran kepada saya di hujung terowong itu.
Salah seorang ex-girlfriend saya yang extra kool pernah melawat ke rumah arwah di Seattle, rumah di mana tempat arwah ditemui tak lagi bernyawa. Dia kemudiannya menghantar beberapa foto kepada saya dan itu adalah moment paling hampir pernah saya rasai secara spiritual dengan arwah.
Perbualan tentang kebaikan-kebaikan arwah dengan beberapa teman rapat saya tak akan pernah habis. Kami sentiasa akan revisit muzik atau apa saja topik berkaitan arwah. Seolahnya arwah ini tak pernah mati dan masih lagi sedang hidup menikmati matahari senja di pelabuhan berhampiran Seattle.
Ini hari adalah harijadi arwah, setiap tahun bila tibanya harijadi arwah dan tarikh kematiannya (April nanti), saya akan jadi sedikit melancholic. Ritual saya apabila tiba dua hari ini adalah dengan memutarkan album-album Nirvana. Melawat semula temuramah-temuramah atau apa-apa saja berkaitan arwah Kurt.
Arwah masa hidup, baik orangnya.
Saya menyarankan para pembaca budiman dan bestari mula memasang muzik Nirvana bagi mengingati almarhum Kurt Donald Cobain. Pakai Converse, baju flannel dan don’t comb your hair.
Happy brrthday ke-51, Al-Fatihah Kurt.