Tag Archives: culture

Joko Anwar Memang Setan

  Malam semalam saya jatuh cinta dengan Aimee Saras dan Tara Basro. Ini pilihan yang amat sukar. Ah, siapakah antara keduanya yang harus saya angaukan. Ini bukan ulasan filem. Sebelum menonton ‘Pengabdi Setan’, saya terlebih dahulu mendengar OST filem tanpa mengetahui siapa disebalik lagu tersebut. Saya jatuh cinta dengan ‘Pengabdi Setan’ (atau boleh jadi juga […]

Ahmad Faris & Bront Palarae; Damaged yet Beautiful

Foto di atas dirakam oleh Ili Farhana, beberapa minggu lepas di sebuah forum. Kami bertiga adalah antara panel yang terlibat membicarakan tentang beberapa topik berkaitan ‘DIY’ (Do It Yourself). Perkara yang sentiasa menjadi kegemaran utama saya selain youth culture dan gerakan-gerakan kreatif. Gigabyte otak saya tak boleh hendak ingat bilakah kali terakhir berjumpa dengan Faris […]

Rotten-ism Razaisyam Rashid

“Ada mana?” “Jasin, rumah Hafidz.” Jawab saya sedikit mamai, “Apcer?” “Tak ada apa, tengok hang macam lama tak online, saja call…” “Oh, memang tengah puasa online.” “Sihat tak?” Soalan ini diajukan kerana dia tahu ketidak-stabilan kesihatan saya. Kali terakhir kami berjumpa, dia datang melawat saya di hospital, awal tahun. “Kena makan ubat la skang, setiap […]

Gossip Scene: Ari Reda, Matajiwa & Pameran ‘Losercore’

Maka diturunkan dari langit beberapa berita gempar. Seminggu dua lepas telefon saya dikejutkan mesej dari beberapa kenalan lama. Felix Dass dan Ririe masing-masing kenalan dari Jakarta yang menguruskan kumpulan muzik. Melalui Ili Farhana si manager band indie rock; Khottal, dikhabarkan Felix kini membantu menguruskan Ari Reda; folk duo yang telah wujud sejak tahun 1982. Mereka […]

Romantik Oldtown dan Newtown Ipoh

IPOH HIPSTER CITY Ada usul yang hendak saya promosikan kepada orang ramai yang berada di Ipoh, yang gemar atau mahu ke Ipoh. Ipoh tak lagi digelar sebagai ‘Ipoh Rock City’ seperti pertengahan 90an hingga ke pertengahan noughties (cerita lain: ini semua gara-gara berkah ritual gerakan muzik underground dan independent yang menggila di era itu), sebaliknya […]

PeaceBeUponIpoh

Beberapa tahun lepas di satu Musim Bunga ketika meneroka Berlin seorang diri menyelusuri jalanannya dalam cuaca dingin, saya terasa kagum dengan suasana youth culture di sana. Concept store, distro, kedai muzik, toko filem, punk bar, Ramones Museum yang memenuhi setiap pelusuk kota Jerman itu menaikkan nafsu saya. Otak mula membayangkan bagaimana koolnya jika Ipoh juga […]