Keriangan para keluarga dan teriak ketawa anak kecil, berlari kesana kemari bersama gula kapasnya langsung membuatkan kesemua berita tentang penderitaan dunia hilang sebentar. Perkataan ‘sebentar’ ini cukup memberikan satu impak yang besar kepada mereka yang inginkan keharmonian. Membayangkan dunia ini penuh dengan perkara indah adalah satu perkara norma bagi semua orang, kerana sifat manusia itu sendiri yang dahagakan tentang sesuatu yang indah.
Jadi, siri kecil Pesta Ria ini ingin aku sampaikan bahawa dunia ini masih mempunyai rasa cinta. Meskipun perkara ini sangat subjektif, dan penilaiannya bergantung pada diri masing-masing, tetapi sedikit rasa cinta terhadap semua perkara tidak merugikan. Semoga manis cinta digula-gulakan dalam kehidupan ini. Adieu.
Hak cipta terpelihara © Zarif Ismail 2019
The photos are all beautifully taken! <3
how to sign up?