Ada banyak cara untuk bikin art kembali menyeronokkan.

Saya orangnya jenis yang cepat boring dengan zon selesa, setiap apa yang dilakukan jika sudah mencapai tahap selesa, saya pasti akan mulai rasa loya dan mual. Saya sentiasa pegang pada mantra sendiri iaitu, comfort zone bukanlah comfort sebenarnya.

Sejak setahun dua ini, saya mulai bosan menonton orang berpuisi di atas pentas (walaupun memang di atas pentaslah biasanya dan selayaknya puisi dibacakan), tetapi dibesarkan dengan ideologi Bodysurf yang sentiasa mahukan sesuatu yang advance, saya mula mengelabah tak tentu arah setiap kali menonton orang berpuisi terlenggok-lenggok. Bukan masalah mereka, ini masalah saya; seorang poseur sastera.

Berbeza dengan band yang memerlukan banyak instrument, saya kira membaca lebih mudah dan ia sepatutnya boleh melangkaui lebih daripada hanya di atas pentas.

Apabila orang tanyakan pada saya kenapa Rabak tak lagi menganjurkan bacaan, inilah jawapannya. Sudah pasti di masa depan akan ada juga sessi-sessi bacaan dianjurkan Rabak, tapi untuk ketika ini, kami lebih berminat mencuba hal-hal yang luar kebiasaan.

Dengan bantuan salah seorang filmmaker Rabak; Muharos, kami cuba start satu projek yang jarang kami lakukan. Saya kemudiannya hubungi salah seorang mentee saya, penyajak muda terhangat di pasaran; Jack Malik.

Jack Malik. Kredit foto: eksentrika.com

Jack ini pantang diajak membaca, kata orang Ipoh, ngetor.

Secara peribadi, saya melihat Jack sebagai seorang penyajak yang sangat rajin. Sentiasa berusaha untuk develop dan membawa dirinya ke berlainan tahap. Apabila disuruh melakukan projek ini, dia terus menyambutnya dengan pintu gerbang terbuka. Keyakinan itu, sifat melanggar itulah yang diraikan dalam Rabak.

Walaupun di hari filming dia kelihatan sedikit cuak dan gusar, saya tahu dan percaya, ia akan membawa pengalaman berpuisi yang baru pada Jack.

Jadi kami teruskan dan inilah hasilnya. Prendre plaisir!

Leave a Reply

Your email address will not be published.