Sejak remaja, saya, Adam Jalaludin (pengasas PBUY) dan beberapa kawan kampong sering bermimpikan tentang ruang alternatif kami sendiri. Dalam bentuk record store, distro, art space atau apa saja bentuk hub kreatif.

Saya bernasib baik, membesar di Ipoh dalam suasana mempunyai banyak pendedahan untuk terus lebih percaya pada mimpi-mimpi itu. Kebanyakkan masa remaja dan muda saya dihabiskan dengan melepak di Bodysurf Music yang terletak di kawasan paling ghetto di Ipoh iaitu Wallercourt; kawasan yang dipenuhi gangster, mat pet, pekerja seks dan redneck.

Sejak 1997, Bodysurf Music adalah kool alternative space dan hub yang membuka pintu untuk ramai orang-orang sesat seperti saya. Ianya ruang yang telah melahirkan ramai pemuzik-pemuzik independent yang membentuk apa yang kita ada sekarang di Ipoh.

Big up to my brothers; Meor Shahiran and Ducktoi, both of them from Bodysurf Music and Muck; Ipoh’s indie rock legend.

Berkat mazhab Bodysurf itu, setelah menubuhkan Rabak pada 2011, kami berkolektif memutuskan untuk membuka sebuah hub kreatif untuk menyambut lebih banyak bentuk seni dan bukan hanya muzik. Sesuai dengan Rabak ketika itu yang terdiri daripada pelbagai seniman; musician, poet, penulis, filmmaker dll.

Kami mahu wujudkan satu community centre.

Jadi, pada 16 Mac 2013, Khizanat membuka pintu secara rasmi kepada khalayak bertempat di 57A, Jalan Dato’ Onn Jaafar–betul-betul di tengah town Ipoh. Kawan-kawan saya seperti LoQue, Iqbal M dan artis-artis underground lain turut serta mengadakan persembahan pembukaan.

Masih saya ingat, ada teman yang menyoal kenapa saya mahu membuka sebuah art space merangkap cafe di Ipoh. Saya membalas dengan satu jawapan yang saya sangat tahu, “Kalau aku buka KL, memang kaya-raya, tapi kalau buka Ipoh, aku akan membentuk culture.”

Culture tak bagi kaya, duit bagi kaya. Betul, saudara-saudari. Tetapi dalam dunia fana ini, adakalanya duit itu bukanlah bermakna apa-apa. Duit akan masuk bersama saya ke dalam kubur, manakala culture kekal selamanya.

Firasat saya benar, selepas daripada itu, lebih banyak ruang alternatif dan hub kreatif yang tumbuh menggila di Ipoh dan ini telah menjadikan Ipoh sebagai bandar yang paling banyak mempunyai hub kreatif dan kolektif di luar Kuala Lumpur.

Khizanat melalui proses pelbagai pengurusan, daripada tahun awalnya diuruskan oleh early geng Rabak, kemudian oleh Bule (kini menguruskan Rumah Ipoh) dan Jojo (kini menguruskan Kolek dan PBUY Studio) hingga sekarang diuruskan oleh Pian (frontman indie pop kultus; Shizuka). Mungkin selepas ini jika ada orang kaya yang ingin menaburkan kekayaan dan mahu menghabiskan wang yang banyak itu, dipersilakan berkunjung ke Khizanat.

Saya pernah berkelakar bersama Pian, kalau Datin Vida nak salurkan RM pun kami terima, selagi kami masih boleh melakukan kerja-kerja penyebaran fahaman seni counter tanpa dihalang. Maybe, sesiapa yang mengenali Datin Vida dan terbaca artikel ini, patut mengalakkan dia untuk mendana sebarang ribu RM kepada kami. Pian tak kisah pakai crown dan baju pink.

Pelbagai artis dan bentuk kesenian telah Khizanat hos. Daripada artis DIY punk hingga ke popstar, daripada pameran hingga ke forum, daripada puisi hingga ke seni persembahan, daripada Dato’ Lat hingga ke BBNU, daripada hip hop ke grindcore–kita buka pintu kepada semua.

Ini hari, Khizanat genap 5 tahun. Beberapa minggu lepas saya berbual dengan Pian, kami terkejut dengan umur Khizanat yang sudah nak masuk tadika. Salah seorang partner, Zam, menyatakan kegusaran tentang berapa lama lagi Khizanat mampu bertahan.

Saya beritahu pada dia, “Kalau dah sampai masa, tak boleh jalan lagi, tutup je.” Bukan saya negatif, tetapi itulah perkara biasa dalam dunia. Tak ada yang kekal. Cuma, selagi ia sedang bernafas, kita raikan dan jalankan apa yang patut dijalan.

Tugas Khizanat sebagai pembentuk budaya sedang berjalan dan tugas scenester untuk membantu memanjangkan hayatnya dengan menyebarkan apa saja bentuk sumbangan samada; menghadiri show, membeli merchandise atau dengan share apa saja tentang Khizanat di sosial media amat digalakkan.

Saya, Pian, Zam, Bule, Jojo dan early geng Rabak tak pernah kaya-raya dengan Khizanat, this is purely for the scene. So, please at least menyokong kita dengan viruskan dakyah-dakyah positif dan bawa vibe kool Khizanat pada seramai yang mungkin.

You must remember, especially warga Ipoh, Khizanat antara space terawal di Malaysia yang berkonsepkan begitu and if you really pokai to spend RM pun, at least please be proud (dalam kata lain: please buy our t-shirt lah–wear it with proud).

Okey, sekarang tunggu apa lagi, boleh contact Pian di +60173917518 dan booking Khizanat untuk acara hedonism kalian. Sekian.

Happy brrthday my love.

Leave a Reply

Your email address will not be published.