Pengurus saya, tulang belakang Rabak, Sefa nak gerak Jepun. Jaga-jaga Jepun, ini budak Teluk Intan artis mime gila mahu mengganas, takkan kasi chance.
Beberapa hari lepas, dia turun Ipoh melepak bersama circle of friends terdekat. Dia muncul di pintu rumah saya bersama DikBal, yang kemudiannya buat saya terfikir, bilakah kali terakhir kami bertiga melepak bersama–jawapannya hampir dua tahun lepas!
Sefa kini berambut pendek, DikBal berambut panjang dan saya maintain awet muda (dan mahu awek muda).
Kali terakhir DikBal berjumpa Sefa ketika kenduri kahwin Sefa setahun lepas dan begitu juga kali terakhir saya berjumpa Sefa. DikBal masih berada di Ipoh, jadi sekali-sekala kami kerap berjumpa. Bayangkan orang yang dulunya setiap hari hang jumpa boleh dikatakan 24 jam sehari secara tiba-tiba menjadi orang yang setahun hang tak jumpa.
Kehidupan berjalan tak menunggu dan friendship harus terus bloom.
Sefa dan DikBal pernah tinggal dengan saya di SoHo 2, Empire Damansara. Sefa menguruskan segala jadual peribadi saya dan Rabak, manakala DikBal ‘orang kanan’ yang tabah. Ini dua orang penting dalam menaikkan dan mengekalkan momentum Rabak.
Ini fakta dan semua artis Rabak kena ingat pengorbanan effort Sefa dan DikBal.
Jadinya, Isnin lepas ketika Sefa di Ipoh, kami menghabiskan masa bertiga bersama-sama, sepanjang hari hingga ke lewat malam. Oleh kerana Sefa ini suka menkentedarah, saya membawa dia ke tempat-tempat makan yang kick ass. Kemudian, kami melepak dari asar hingga ke maghrib di Masjid Negeri Perak–mengapa melepak di masjid? Kerana ia mengingatkan rutin kami dulu yang selalu melepak bermalasan-baring dalam masjid di Sungai Penchala. Lepak and talk, talk and bonding again, macam dulu-dulu.
Malamnya pula kami raikan Sefa di Rumah Ipoh bersama kengkawan Rabak lain yang muncul. Kami berdekah-dekah, berlawak kering dan saudara-saudari harus sedar sesungguhnya masa adalah sangat jahat. Berdetik laju berbanding biasa. Jahat macam Giant yang selalu membuli Nobita.
Sefa tidur di rumah orang tua saya malam itu. Orang tua saya gembira melihat kehadiran Sefa yang sudah lama tak mereka temui.
Macam the old days, kami tidur berkongsi satu lantai, selepas subuh, kami sambung berbual lagi. Terlalu banyak perkara yang hendak dibualkan bagi menapau semula satu tahun yang hilang.
Tengahari itu, kami keluar dan Sefa menjalankan tugas pengurusannya untuk saya buat kali terakhir dan itu membawa saya ke satu ruang emosi yang berat. Ketika Sefa dropkan saya di rumah dan kami tahu kami akan berpisah untuk entah berapa lama. Sefa meminta maaf pada saya jika ada apa-apa salah yang dia lakukan, dia tak tahu, walaupun dia kadangkala buat saya sasau, saya sentiasa maafkan dia. He’s my bro.
Kami mengelak daripada bercakap hal berpisah pada satu sama lain terlalu lama, saya sedar itu tindakan chemistry kami yang tahu, jika kami mengambil masa untuk ‘berucap’, Sefa akan dropkan saya dalam keadaan kami berdua kesedihan. I don’t want him to be sad, saya mahu dia happy merayakan hidup masa depannya di Jepun.
Sebenarnya, sudah lama saya tahu yang dia mahu ke Jepun, tetapi sejak beberapa hari ini, ketika makin hampir tarikh penerbangannya, buatkan saya menjadi extra sentimental. Semuanya saya sedari ketika Sefa menghubungi saya minggu lepas.
“Jay, aku dah tutup SSM dan akaun studio.” Refer kepada studio Rabak yang pernah kami buka di Damansara. Entah mengapa saat membaca text tersebut ada sedikit sayu di hati.
Kami lalui banyak susah senang bersama, banyak, banyak gila.
Betapa pentingnya Sefa dalam hidup saya, ada satu hari saya teringat, otai sastera; Sinaganaga berkelakar dengan saya, “Jay, bagi aku la Sefa…”
No way.
Sefa adalah spesis rare. Dan Rabak tanpa Sefa adalah bukan Rabak.
Nuha, his wife sangat lucky untuk bersuamikan si skema yet intelek Sefa itu and saya juga bernasib baik pernah melalui beberapa fasa kehidupan bersama dia dan DikBal, err… kita anggap sajalah dia turut rasa bangga dan bernasib baik pernah menghabiskan entah berapa ratus hari dengan Sefa.
Sekarang, kita pass Sefa pada orang Jepun, bior deme pulak yang pening.