Dalam kamus saya, ada seorang rock n’ roll star yang menepati ciri-ciri rockstar. Tiada sangsi, syak wasangka dan was-was; Radhi OAG.

Dalam dunia ini banyak jenis rockstar. Ada rockstar poyo, rockstar tak rockstar, rockstar no class dan entah apa jenis lagi. Daripada attitude, gaya hidup dan cara berfikir, kita boleh tahu, Radhi adalah real rockstar.

Radhi ini tahu yang dia telah beberapa kali mengubah landskap muzik tanahair, malah saya cukup yakin dia alert yang sumbangannya pada industri bukan kecil-kecil anak (bapak). Jika melihat kembali dan mendengar diskografinya, kita boleh nampak evolusi-evolusi daripada setiap album ke album yang lain. Radhi ini wonderboy.

Kebanyakan orang generasi sezaman saya yang meminati muzik alternatif, sudah pasti dipengaruhi dengan OAG. Sikit sebanyak ’60s TV’ adalah lagu wajib dipelajari ketika awal-awal mahu menubuhkan band atau ketika jamming saja-saja. Lagu itu sangat penting pada gerakan muzik independent Malaysiana, lagu itu adalah kunci masuk Radhi yang secara tak langsung membuka pintu underground menerjah mainstream. Bikin chaos adalah kepakaran Radhio.

Radhi dikira sebahagian otai-otai saya, sebaris dengan LoQue, Fathullah Luqman Yusuff, Ducktoi, Meor Shahiran, Joe Kidd, Lee Khalid dan ramai lagi senior-senior yang saya hormati. Ini semua watak-watak yang saya lihat sebagai hero-hero (atau untuk kedengaran lebih counter, ‘anti-hero’).

Setelah habis bersekolah, saya telah pun mempunyai band (saya mula bermain band dan first gigs ketika masih di sekolah menengah) dan juga mula ada pengaruh tersendiri. Ketika itu Radhi yang sebelum ini saya lihat daripada jauh sebagai hero mula muncul sebagai watak baru dalam hidup saya. Dia datang menjadi kawan, our friendship mulai bloom tahun ke tahun dan walaupun kami sudah mula berkawan, saya tak akan pernah lupa, dalam masa sama, dia still hero. Macam kata Henry Rollins tentang Iggy Pop, “Hang tak boleh beat The Master.”

Saya dan Radhi berkenalan kerana kami datang dari susur galur sama; satu komuniti muzik alternatif, underground, independent dan DIY.

Radhi tahu dia rockstar, revolutioner dan ikon untuk ramai indie poppers, mat geek, yuppie, minah urban dan so on. Sesiapa mengenali dia secara peribadi pasti tahu yang, mamat mental ini tersangatlah humble.

Kawan-kawan saya ramai rockstars, dalam ramai-ramai itu, berani saya katakan, Radhi antara yang sangat merendah diri dan tak pernah meletakkan statusnya sebagai poster boy budaya pop itu sebagai ego.

Ketika saya menetap di Damansara beberapa tahun lepas, Radhi kerap datang melepak. Kami banyak menghabiskan masa mengopi dan bergebang idea. Sebagai scenester true, Radhi sentiasa punya idea dan berapi-api mahu melakukan banyak perkara. Nilai scenester tak pernah luput dalam dirinya walaupun sejak album pertamanya dulu dia telah dikomersialkan oleh label.

Antara projek yang beberapa kali dianjurkan pada saya ialah untuk kami bikin sebuah band lo-fi ala The Folk Implosion, projek yang langsung tak pernah terjadi. Tak ada jodoh.

Tapi ada projek yang pernah kami collab, kami pernah berlakon filem sama-sama.

Ya, saudara-saudari, jangan terkejut atau luruh jantung dulu. Ini benar-benar pernah terjadi. Tak ramai yang tahu, apatah lagi wartawan-wartawan hiburan terkini sensasi arus perdana, ini information diluar kawalan mereka. Ini filem lebih underground daripada underground.

Atas entah kesengalan siapa, master rakaman dan segala macam footages telah hilang walaupun proses pengambaran berjaya diselesaikan. Maka filem itu hanya boleh diperkatakan saja, tanpa bukti yang ia pernah terjadi.

Yrs Truly dan Radhi OAG, filem indie ‘Rai Jit’.

Walaupun filem yang tak akan pernah siap itu hanyalah sebuah filem indie, saya yakin potensi lakonan saya dan Radhi boleh tahan mengancam juga. Paling tidak pun, Rosyam Nor akan gelak berdekah terbarai jika menonton lakonan kami yang tak seperti anak wayang skema dan Yusof Haslam pasti menepuk dahi berkali-kali.

Saya dan Radhi bukan pelakon pro, kami hanyalah performers. Dan dalam konsep ‘mempersembahkan’, saya kira kami berjaya menyampaikan dan menterjemah apa dimahukan skrip; sebuah filem komedi gelap tentang dua orang misfits. Tak susah menjadi misfit sebenarnya, kerana itulah apa yang dilalui saya sepanjang hidup dan saya percaya Radhi juga begitu.

Kerja kami mudah, saya hanya menjadi saya dan Radhi menjadi Radhi. Dua orang cracko.

Hang bubuh dua orang penyanyi indie rock dalam satu filem, bagi makan secukupnya, tekan button record dan hang akan dapat magic. Malangnya, magic itu tak dapat sama dikongsi kerana masalah-masalah yang telah terjadi.

Al-Fatihah.

2 thoughts on “Radhi OAG dan Filem Yang Tak Akan Siap

Leave a Reply

Your email address will not be published.