Aku pernah salahkan lagu-lagu yang aku dengar ketika membesar. Lagu-lagu dan persekitaran yang dikaitkan untuk aku letak diri aku bawah. Tingkat bawah sampai rasa hilang nilai perasan untuk bangun. Bangun hanya diri sama tinggi ketika orang lain duduk. Ish!

2000. Persekitaran baru, angin baru, blok-blok rumah tinggi. Manusia sama-sama (lebih/kurang) umurnya. Otak konon sudah berakal. Pengalaman konon sudah cukup matang atas dasar persekitaran baru. Aku cuba tukar playlist. Lebih kepada menambah lagu dalam list Winamp. Download dari sisi haram Torrent, Blogspot atau Mediafire. Satu perasan baru muncul. Melankolia dicampur dengan anger. Aku tidak menyalahkan lagu-lagu, kini aku amik lagu dan aku salurkan dalam bentuk perasaan. Fuh!

Melodi dalam kepala, bersama geng dalam satu kereta yang pack ke arah tuju tanpa tujuan atau duduk depan komputer dalam bilik yang diubah dari dapur ke satu kubu selesa. Sentiasa ada, sentiasa ada sahaja lagu-lagu untuk dibekalkan untuk keluar menghadapi dunia atau semesta. Terutama dalam diri.

Kini? 2020. Masih 3letters. Selamat Ber-EMOH.

One thought on “EMOH

Leave a Reply

Your email address will not be published.