Sepatutnya benda lain yang aku hendak tulis (berkaitan tajuk di-atas). Tapi diubah, berubah kerana keadaan. Aku dirumah, lockdown. Arahan oleh kerajaan untuk jarak dari sosial. Heh
Iron and wine berkumandang di-speaker laptop. Terus aku buka page ini yang dah lama terperap di-tab Chrome. Lagu-lagu yang buatkan aku teringat ketika zaman kolej dulu. Satu blog yang aku follow rapat ‘irondanwine.blogspot.com’ selain ‘Semusim Di Neraka’ oleh AKAB.
Sekadar nak melepas dan menekan papan kekunci. Blog ‘irondanwine’ selalu dijadikan rujukan dan bahan borak antara aku dan Arwah Arip (Arif Ramly). Borak semestinya pasal life. Life disini selalunya berkaitan dengan perasaan, masa kini (yang cuba dirai ketika itu), dan masa depan (yang kini masa kini). Masa depan kini, 2020.
2020. Tanpa WhatsApp text dari Arip. Tiada lagi panggilan buat-buat tanya khabar padahal nak dapat contact band-band Ipoh.
Selalu dibuat gurauan;
“Takkan tanya khabor kan, mesti ada benda lain ini.”
Dan akan dibalas
“Betul-lah nak tanya khabor, rindu ini.”
Dan akan diselang-seling sembang pasal scene, kawan-kawan terutama John. John yang sekarang dah famous sebagai director, dulu selalu datang Cyberjaya menelaah pasal scene terutama dari Jepun. YMTT.
2020. Tiada siapa sangka akan buat ramai menjadi ‘introvert’. Jadi dekat dengan keluarga. Jadi tukang masak experimental. Jadi rajin membaca (WhatsApp, label makanan juga dikira membaca). Tiada kereta terbang, bukan sahaja kereta langit kini juga tanpa kapal terbang.
Dibiarkan tangan ini terus menekan, kepala terus melayang dengan Iron & Wine. Tanpa tajuk khusus, yang ada hanya perasaan rindu. Rindu dekat yang tiada. Rindu pada kedai kopi, rindu pada perasaan naik-bas-duduk-tepi-tingkap, rindu bergocoh-gocoh, rindu salam tangan. Rindu! Betul-lah kata-kata:
“Bila tiada baru akan rasa rindu.”
Al-Fatihah.