Malam semalam saya jatuh cinta dengan Aimee Saras dan Tara Basro. Ini pilihan yang amat sukar. Ah, siapakah antara keduanya yang harus saya angaukan.

Ini bukan ulasan filem.

Sebelum menonton ‘Pengabdi Setan’, saya terlebih dahulu mendengar OST filem tanpa mengetahui siapa disebalik lagu tersebut. Saya jatuh cinta dengan ‘Pengabdi Setan’ (atau boleh jadi juga Aimee Saras), saya telah jatuh cinta dengan muziknya, sebelum ke panggung.

‘Pengabdi Setan’ versi Joko adalah instant cult dan sedang dalam perjalanan menjadi filem horror klasik.

Saya tak mengenali Joko Anwar, tapi saya sudah biasa dengan filem-filemnya sejak ‘Janji Joni’. Ini kerana OST Janji Joni dipenuhi dengan band-band kengkawan saya di Jakarta. Malah, saya pernah mengedar-jualkan CDnya di Ipoh.

Apa saya boleh katakan, Joko punya citarasa sempoi dalam memilih muzik. Dan saudara-saudari, ini menunjukkan muzik memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah filem.

‘Pengabdi Setan’, saya sukakan banyak hal tentang filem itu. Daripada dialog humor bersahaja ke wardrobe ke kerja kamera dan paling, paling, paling utama dan penting sekali; Tara Basro. Malahan Indo Mee dimakan Bondi (salah satu watak) juga kelihatan mengiurkan! Tak guna betul si Joko ini.

Ia amat berbeza dengan filem horror atau hantu lain yang tak habis-habis hanya terkejut dengan sound effect annoying. ‘Pengabdi Setan’ filem dengan kelas.

Ketika menulis ini, The Spouse masih heavily bermain sebagai latarmuzik.

Semalam saya bertanya pada Inche’ Google tentang The Spouse, sewaktu mencari-cari dan mendengar setiap lagu-lagu mereka penuh kusyuk, saya tersangkut pada satu video mereka bermain live. Mata saya terbeliak, tapi bukan kerana Aimee Saras.

Pemain gitarnya adalah kenalan lama saya; Tony Merle, guitarist The Brandals (garage rock Jakarta).

Ini ternyata sudah dijangka dan ini lagi satu sebab saya selalu tabik pada Joko. Dia akan masih selalu menggunakan khidmat anak-anak scene, masih percaya tanpa ragu. Ini true, ini namanya passionate dan telah sah filmmaker Indonesia ini kool.

‘Pengabdi Setan’ harus ditonton di panggung dan The Spouse wajib didengar. Saya ulangi, The Spouse wajib didengar. Putarkan tanpa henti dengan level sesuai, pejamkan mata dan bayangkan yang dicinta.

Lagu-lagu adalah ciptaan Tony sendiri, siapa sangka Tony yang saya kenal dengan bunyi gitar loud dan bising rupanya mempunyai sisi romantis dan jiwang–Mat Bunga!

Lirik ditulis oleh Joko Anwar. Alamak, si Joko ini lagi.

‘ku ingin
bersama
berbaring
di dadamu
lupakan
khianat
yang lalu’

The Spouse telah membunuh saya dengan senikata tersebut. So indah serta menyakitkan dan si mamat Joko Anwar itu memang setan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.