Sarong/Samping Saville

RM150.00

2015 lebih kurang, tengok brand Al Ralij dari Bandung (foundernya sama dengan Airplane System) keluarkan kain sarong, terus pasang angan-angan nak keluarkan satu untuk PBUY.

Kini, 2025 syukör dengan izin-Nya cita-cita nak keluar sarong tercapai. Sedikit latar belakang pembikinan. Kain dicanting batik oleh sebuah perusahaan kecil di Ulu Chemor, Perak. Setiap kain akan dicanting secara tangan oleh Encik Fauzi & isteri. Jadi setiap hasil akan istimewa dan tidak akan sama.

Kain ini sesuai untuk dijadikan sarong dan juga samping. Kerana labuh dan tidak terlalu lembut. Hanya warna kelabu untuk produksi kali ini. Pembelian akan dibuat secara pra-pesan bermula malam ini (12/3) sehingga ahad (16/3)

*

TAKE NOTE THAT PRODUCTS MAY VARY FROM REAL ITEMS DUE TO GRAPHICS FACTOR.