Kepada Jumud,

Masa sangat pantas. Minggu seolah sehari, sehari seolah sesaat. Ramai yang telah pergi dari alam ini untuk menghadap Illahi. Apa yang perlu ditunggu lagi kalau masih mendongak ke langit seolah akan hidup beribu tahun lagi.

Sedar dan sedar. Lelaki diciptakan untuk memimpin. Lelaki disini beerti diri. Bangun dan pasak kan harapan hanya kepada Pemberi Kehidupan. Jatuh dan gundah diberi untuk diri sedar selain Nya tiada dan yang ada untuk bangun adalah susuk tubuh ini.

Ada cita-cita. Sentiasa. Ingin satu dunia yang aman dalamnya. Makin dewasa kesedaran tiba. Mungkin dunia kecil tu akan ada bila ada susuk kecil dan keluarga bersama. iA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *