Aie & projek terbaru, Lovethee. Sentiasa ditunggu hasil tangannya. Bagi sahaja instruments atau amp apa, pasti berjaya di’godi’ untuk dapat sound dikehendaki. Tahniah Aie atas album sulung. Secara peribadi ini adalah Aie. Muddy, berat dan masam bak kata orang Ipoh.

Melangkah semula beberapa tahun kebelakang. Susuk bernama Aie banyak pengalaman dicoretkan bersama terutama dari tahun 2011 di Urban Village, Bangsar. Hidup dan berkerja sekali bersama-sama geng-geng lain yang ketika itu tanpa takut untuk memikirkan apa yang bakal tiba pada hari esok. Yang penting hari ini. Itu yang dirai. Atau secara halusnya; mendalami maksud berserah kepada yang Esa.

‘Song for a loner’, secara dalamnya merupakan lagu tema hidup waktu zaman sekolah. First time dengar dari kompilasi Kopi Sechewen 3, terus melekat dalam hati. Bait bait harapan sentiasa diangkat atas sebab semangat ketika itu hanya berpaksi kan kesedihan dan hidup sebagai loner & loser.

Balik kepada pada waktu ini, 2021. Bertahun-tahun pinjaman hidup dan peluang yang diberi. Tema loner tetap mengisi ruang dairi. Kerja, kepala dan manusia. Asal diri bukan disini, mungkin itu tepatnya jawapan kenapa loner sentiasa terpateri.

Tidak mengapa, terus bergerak walau disisi tetap rasa sendiri, yang penting didalam hati biar sentiasa diisi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *