Biarkan Ipoh menjadi Ipoh. Selepas Hém muncul, satu lagi band yang datang ‘menyelamatkan’ Ipoh; RAKSAR. Tarikh 25 Disember 2020 adalah menandakan kelahiran single pertama RAKSAR dengan ‘Melakar’. Video single aku layan dari pukul 9 malam dan terus on the loop (bukan terus, berselang-selang dengan kehidupan harian) sampai ke waktu ini 3:22 PM. Sedikit kupasan peribadi tentang ‘Melakar’. Fuzz bermelodi yang menekam jiwa, dentuman drum dan bass yang memaku berulang-ulang. Bukan lagu yang hendak ditekankan disini tetapi video yang sangat memberi kesan. Jalan cerita dan ‘rawness’ dia sangatlah power. Di ingatkan ini sekadar kupasan peribadi tanpa info serta kajian terus dari band sendiri.

 

 

Video cukup cantik dalam mengambarkan Ipoh dan kehidupan dunia secara am. Tenang-tenang Ipoh yang sering mampu bawa diri barai dan kepala jauh melayang hilang. Tinggal-lah seketika di Pekan Ipoh, layani rutin harian, tenang untuk beberapa hari, atau mampu kan hang tenang untuk terus tinggal. Tenang itu sama ada diambil dan bangun untuk atau tenang itu hang layan sampai memakan diri. ‘Melakar’ sangat dekat, dekat dalam membawa naratif pemilihan. Dimulakan dengan pilihan kanan disulami dengan perjalanan membelakangi Pekan Ipoh yang penuh dengan sub-budaya, sisi kotor lorong dengan seni. Sisi yang sangat lokal bukan tumpuan pelancong. Pemilihan Ultraman & Raksasa yang diangkat melawan dan berjuang dan watak Hero yang jatuh kecundang dengan atas memilih jalan ke kanan pada awal video. Kemudian segala di-rewind dan pilihan sang Hero untuk memilih ke kiri pada akhir lagu/video. Pilihan untuk bangun, bangun dan melayan Pekan Ipoh dengan naratif yang berbeza. Barangkali.

MAKE IPOH RUGGED AGAIN!

P/s – Saya mahu Chewbacca

#IpohPower2021

 

**

Untuk pautan lanjut tentang RAKSAR

Instagram
Facebook

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *