Idea untuk design ‘Daya/Will’ telah melalui beberapa fasa. Pada asalnya design ini khas untuk satu projek kolaborasi. Tapi terpaksa ditangguh atau dibatalkan atas faktor keselamatan setelah wabak Covid-19 melanda. Rancangan asal design akan menjadi merch rasmi untuk projek tersebut. Projek kolaborasi yang dirancang ialah event kreatif untuk meraikan pembukaan kedai serta penduduk Ipoh serta geng-geng kreatif dari Ipoh khasnya. Tiada rezeki pada tahun ini. إن شاء الله‎ mungkin dalam masa akan datang.

Berbalik kepada design:

Bukit
Bukit kapur melambangkan Bandaraya Ipoh. Sedikit informasi untuk rujukan diri. Ipoh terletak didalam Lembah Kinta yang dikelilingi oleh gunung-ganang serta bukit kapur yang menjadinya Bandaraya Ipoh ada ‘vibe’ tersendiri. Pernah berborak dengan Kamal Sabran, dan info dari dia. Ipoh mempunyai wave-nya yang tersendiri atas sebab kedudukan serta keadaan sekitarnya yang memainkan peranan dalam membentuk wave tersebut secara tak langsung mempengaruhi penduduk-penduduknya dari segi rohani, sosial serta tingkah-laku. Menjadikan Ipoh laid-back. Yang seeloknya diangkat sederhana, kerana itu yang dituntut.

Wave
Wave diilham dari lukisan terkenal Jepun ‘The Great Wave off Kanagawa’ bagi melambangkan Jepun, baik dari segi culture, seni serta spiritual. Secara peribadi semangat Jepun sangat personal dan dalam untuk melambangkan kebangkitan, dengan kekayaan budaya yang diangkat sehingga menjadi ikutan. Semangat yang ini cuba dibawa dan diterapkan. Secara peribadi.

Gabungan
Kedua-dua elemen sinonim dengan kata-kata ‘Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih’. Teruskan berjuang untuk  mencapai matlamat walaupun betapa besar halangan yang ada dihadapan. Terus memaku diri dibumi seperti bukit dan terus melawan kehadapan seperti ombak dilautan.

意志あるところに道は開ける ‘Ishi aru tokoro ni michi wa hirakeru’
Ialah peribahasa Jepun yang mana ditranslate bermaksud ‘Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan’. Tapi atas dasar untuk memberi makna yang lebih tepat kepada diri sendiri untuk terus bangun ia diolah menjadi ‘Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih’. Kenapa? 2020 seperti terhenti seketika atas ujian-ujian yang tidak pernah sesekali terlintas dikepala. Bukan hanya kita tapi satu dunia terkesan. Atas sebab itu ramai yang mengatakan 2020 teruk. Welp! Mungkin sekarang peluang kedua kita untuk bangun dan berazam ‘tahun 2020’ untuk bangun dan tembak tepat terhadap matlamat kita. Tiada alasan, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih!

Disebalik idea dan cerita. Tanpa visual yang sesuai, cerita tidak akan sampai. Illustration ini diolah oleh visual/grafiti artist Sid. Sid bertanggungjawab untuk jadikan imej itu seperti yang dikehendaki. Pengalaman pernah berkelana di Ipoh dan sangat faham hala tuju PeaceBeUponYou dan Ipoh. Terimakaseh Sid! Model yang dipilih untuk meragakan design ini ialah Hammad Zarif. Anak muda yang sangat meminati seni fotografi serta karya-karya falsafah Bob Dylan & M. Nasir. Kini aktif dalam eksperimen fotografi makmal bilik gelap; Halvva (sebutan Halwa). Tidak pernah lokek menolong dari permulaan PBUY Store sehingga kini.

2020, Hidup & Impian. Bukan mudah namun kita mempunyai daya atas redha-Nya. Moga semuanya dipermudahkan dan teruskan daya! Basmala.

Daya/Will kini boleh dipurchase disini atau walk-in ke PBUY Store, Ipoh.

 

 

6 thoughts on “Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

  1. Amirul Faris says:

    nak tanya, kenapa warna bukit sama dengan warna ombak? bila sekali pandang, nampak macam bukit tu sama je macam ombak. kalau bukit tu diwarnakan dengan warna asal (hijau, kelabu, coklat), mungkin design akan lebih menarik. sekadar pertanyaan dan perkongsian. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *