Maka diturunkan dari langit beberapa berita gempar.
Seminggu dua lepas telefon saya dikejutkan mesej dari beberapa kenalan lama. Felix Dass dan Ririe masing-masing kenalan dari Jakarta yang menguruskan kumpulan muzik.
Melalui Ili Farhana si manager band indie rock; Khottal, dikhabarkan Felix kini membantu menguruskan Ari Reda; folk duo yang telah wujud sejak tahun 1982. Mereka terkenal dengan melagukan puisi-puisi ramai penyair besar seperti Sapardi Djoko Damono, Amir Hamzah, Mozasa, Abdul Hadi WM, Gunawan Mohammad dan Toto Sudarto Bachtiar.
Semua orang tahu lagu-lagu puitis dari Indonesia sudah pasti akan bikin tangkap lentok dan bak kata para pengemar karya-karya Indonesia, merinding.
Kemudian, datang pula Ririe; pengurus psychedelic duo, Matajiwa, terdiri daripada Anda Perdana (of ‘Tentang Seseorang’ Ada Apa Dengan Cinta fame) dan Reza Achman (yang pernah bermain dengan artis lagenda besar Indonesia, Sawung Jabo). Ririe, Anda dan Reza adalah kawan saya yang pernah turun melepak di Rumah Khizanat dan bermain di Ipoh pada bulan Mac yang lalu. Bunch of mad and brilliant performers.
Kedua-dua duo ini mahu turun buat persembahan di Ipoh. Ari Reda di bulan Januari dan Matajiwa, Februari. Wajib tonton!
Sebuah pameran, ‘Losercore’ akan mengambil port pada bulan Mac. Memperkenalkan dua orang artis underground yang bakal mempamerkan kerja-kerja seni mengangkat lo-fi sebagai kiblat utama. Kedua-duanya datang dari background scene rock n’ roll dan langsung tak pernah mempamerkan satu haram-halal pun kerja seni dan tak pernah membuat sebarang pameran. Dalam kata lain, BBNU (Budak Baru Nak Up) scene pameran. Ini adalah pameran pertama dan kolaborasi pertama antara keduanya. Wajib tonton!
Kesemua acara ini akan dipestakan di ruang atas PBUY Store, setakat ini tiada lagi sponsor-sponsor makan-minum yang muncul dan kami sangat mengalukan dengan penuh harapan tinggi agar ada yang mahu menyumbang apa yang patut untuk sama-sama mengenyangkan perut sambil merayakan art.
Saudara-saudari disaran menghebahkan pada kenalan taulan dan turut serta lost bersama di Jalan Sultan Iskandar Shah yang bakal dihidupkan dengan seni-budaya. Jaga-jaga, ini semua hanya baru nak mula.
Sehingga gossip seterusnya.
DIY or die, PBUY and bye-bye.