Tulisan ini dikarang dari Jasin, Melaka–the land of delicious asam pedas; ini salah satu tempat menyorok yang kerap saya kunjungi, sanctuary yang sentiasa menghidangkan masakan-masakan sedap Nona, kecoh-riot cheeky Lisa dan bebelan-bebelan scenester tua Abdul Hafidz Adam yang kemungkinan selalu dirasuk saka Jebat.

Beberapa hari lepas kami berada di Cyberjaya, Hafidz dan saya dijemput menjadi panel untuk satu forum bertajuk ‘Community Empowerment & The DIY Subculture’ di DIY Creative Economy Conference (DCEC). Berkolaborasi dengan Cyberjaya Music Festival 2017 (CMF), saya kira acara ini sangat menarik dengan pelbagai tajuk forum sejak pagi ke petang disambung pula dengan pesta muzik daripada band-band sensasi liga independent disertai Collectors Market dan film screening.

Ini juga kali pertama saya kembali terlibat di acara sosial dan muncul di khalayak pada tahun ini setelah 9 bulan on-off sakit. Jadinya, saya cukup gembira berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama seperti Bront Palarae, Ahmad Faris, Irman Hilmi, Adly Syairi Ramly, Mak Wai Ho, Fikri Fadzil, Fariz Hanapiah, Edwin Raj dan ramai lagi. Ada antara mereka ini telah bertahun lamanya tak saya jumpa, kebanyakan mereka ini semua adalah member-member saya daripada scene underground sejak 90s dulu dan ada yang telah aktif dalam scene lebih awal daripada saya. Festival ini macam reunion.

Difahamkan festival hanya diluluskan lebih kurang dalam masa sebulan dan penganjur memilih untuk meneruskannya juga. Ini tindakan yang amat berisiko diambil oleh orang-orang berani.

Instead dengan segala flaws dan lompang-lompang yang terjadi, saya memahami situasi mereka dan apa yang berlaku. Paling penting dan utama adalah cubaan mereka menjayakan dan memberi semula kepada scene.

Saya percaya untuk siri kedua festival ini pasti akan menjadi lebih baik kerana potensi-potensi besar yang dapat saya lihat floating around the festival.

Melihat ramai muka-muka familiar yang saya tahu sejak lebih berbelas tahun lepas yang berkeliaran di sana-sini acara dan apabila kami berbual ramai antara mereka masih bergelumang dengan ‘karier’ yang sama sejak bertahun-tahun lamanya, saya fikir, ini adalah muka-muka true.

‘True’ bagi makna muda-mudi menunjukkan betapa dedikasinya seseorang pada sesuatu perkara.

Naik Haji True ini bukan diukur dengan kekayaan, berapa banyak like atau follower di sosial media malah tak sama sekali patut dihakimi dengan sukses atau kegagalan.

Boleh jadi saja mat-mat true ini tak berjaya langsung dalam apa dibikinnya, tak sesiapa peduli atau notis akan kewujudannya tetapi dia yang nampak gagal ini tak putus-putus mencuba, masih percaya dan taksub pada apa yang mahu dilakukannya.

Budaya pop bersilih ganti, gaya muzik berubah-ubah, seni-budaya berevolusi dan orang yang true akan tetap kekal. Dia tak goyah, tak gundah atau resah dengan trend, tak tergugat dengan mat-minah poyo yang akan sentiasa muncul untuk cuba naik Haji True walaupun sebenarnya hanya wannabe true.

Setiap kali bertemu dengan orang-orang yang masih true, dada saya sebak, jantung berdegup kencang dan mata masuk habuk kerana ini adalah spesis-spesis rare yang hampir pupus.

Antara cerita-cerita true yang sentiasa beri saya inspirasi seperti; Ducktoi (Muck) yang menjual motorsikal dan duit itu digunakan untuk membuka Bodysurf Music pada tahun 1997 dulu, Arwah Azrafe Zaky (Al-Fatihah) yang putus tunang dan cintan berkali-kali lalu menemui kegembiraan membikin JOHO, Akim yang pernah ‘merajuk’ bekerja di Singapura sebelum pulang dan menyambung semula kegiatan kolektif art RANTAI, malah our famous indie popstar Radhi OAG yang berkali-kali direjam taufan tetap akan kembali muncul dengan kegilaan-kegilaan baru.

Ini true, beb. Tak boleh dibuat-buat atau direka-reka. Tiada wang yang boleh  membeli true.

Menjadi true tak boleh membayar bil bulanan, tak mampu membantu mengayat balak-minah yang kita suka malah menjadi true ini selalunya tak mendapat apa-apa balasan dalam bentuk material dan wang ringgit bertimbun-timbun; hanya ada beberapa kes terpencil saja berlaku–berjaya menjadi true dan mendapat semua yang saya nyatakan.

Tetapi menjadi true inilah satu-satunya hal yang mampu membuatkan mat-mat true di seantero dunia ini kekal waras.

Azizul Abdul Latif, Rafique (Killeur Calculateur) dan isteri selaku orang kuat peneraju festival adalah sekumpulan manusia-manusia true. CMF 2017 dan DCEC, walaupun ada ketirisan, tetap saya angkat sebagai sebuah effort bernas, satu festival true dijalankan oleh orang-orang yang sudah berbelas tahun menghidupkan scene dan harus diingatkan, ada masalah besar dan lebih sukar diperbaiki berbanding festival yang barai, iaitu ketandusan mat-minah true.

Serius, tak tipu.

One thought on “True dan Wannabe True

  1. Pingback: Ahmad Faris & Bront Palarae; Damaged yet Beautiful - PBUY

Leave a Reply

Your email address will not be published.