REKAH FAJAR TEE

RM73.00

REKAH FAJAR adalah sebuah bukufoto oleh Zarif Ismail yang mengandung 46 imej hitam dan putih—tentang sebuah perjalanan kedewasaan seseorang dalam menuju puncak kehidupan. Diterbitkan oleh Zontiga dan pembelian boleh dibuat melalui laman www.zontiga.com

Untuk kolaborasi PeaceBeUponYou bersama Rekah Fajar ini, kami menggunakan kain-pakai-semula dari pelbagai jenis jenama baju tee putih yang didapati di kedai pakaian terpakai. Setiap helaian baju juga adalah berlainan potongan dan saiz. Segala kotoran/kekuningan pada baju telah dibasuh dan dinyahkumankan agar kelihatan seperti baru. Penggunaan kain-pakai-semula ini adalah bertujuan untuk kelestarian seisi bumi dan seluruhnya (semesta). Terdapat 24 helaian kesemuanya.

*Idea tulisan jawi REKAH FAJAR yang dicetak dari dalam baju putih kosong adalah diinspirasikan oleh baju tee ikonik “COWBOY” Helmut Lang, koleksi musim panas 2004.

Dokumentasi perjalanan baju Rekah Fajar boleh rujuk disini

**
Baju kain-pakai-semula (hanya satu daripada satu)
Pelbagai saiz (rujuk website)
Semua ukuran adalah dalam inci
Dicetak belakang dari dalam