Beberapa tahun lepas di satu Musim Bunga ketika meneroka Berlin seorang diri menyelusuri jalanannya dalam cuaca dingin, saya terasa kagum dengan suasana youth culture di sana. Concept store, distro, kedai muzik, toko filem, punk bar, Ramones Museum yang memenuhi setiap pelusuk kota Jerman itu menaikkan nafsu saya. Otak mula membayangkan bagaimana koolnya jika Ipoh juga begitu.

Petang tadi saya ke Jalan Sultan Idris Shah melawat PeaceBeUponYou store yang sedang dalam persiapan untuk membuka pintunya kepada orang ramai. Cuaca mendung mengingatkan kembali kepada detik di Berlin itu. Suasana di store tak banyak beza berbanding kedai-kedai di Berlin, Paris, Zurich dan serata Eropah yang biasa saya kunjungi. Bezanya di sini tiada makwe blonde di kaunter.

PeaceBeUponYou Store, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh

PeaceBeUponYou adalah sebuah concept store mempromosi streetwear urban untuk slacker, hipster, yuppie, rocker, fashionista, hijabster, agamawan, free thinker, whatever mahupun penunggang agama. Streetwear mereka sesuai untuk semua lapis jenis manusia serta tiada diskriminasi terhadap rempits.

Biasanya model-model mereka terdiri daripada awek cikadung yang cun melecun. Jadi potensi untuk balak-balak kesunyian di luar sana untuk tidak lagi merasa lonely adalah tinggi. Pernah beberapa kali saya berjaya mendapat nombor telefon awek-awek scene terkini kerana mereka teruja dengan ayat PeaceBeUponYou yang tertera di baju, topi dan tote bag saya. Percayalah, produk PeaceBeUponYou investment yang amatlah berbaloi untuk kutu tak pandai bergaya seperti saya.

Selang beberapa kedai daripada PeaceBeUponYou adalah Debut Scissor, sebuah kedai gunting muda-mudi yang mempunyai magic tersendiri. Tokeynya adalah Kool Barber terawal di Ipoh yang rambutnya tak pernah tak cantik. Apakah ilmu sihir yang dipakainya untuk membuatkan rambutnya sentiasa striking? Allahualam.

Kolek; sebuah distro mainan, baju, CD dan collectibles terletak berseberang dua buah kedai ini. Seleksi muzik dijualnya terdiri daripada local bands dan juga kugiran-kugiran sensasi independent Indonesia. Toys yang dijajanya saya dengar selalu dikategorikan sebagai ‘rare’. Entah apa makna sebenarnya benda alah rare ini saya juga masih bingung, perkara paling rare yang saya tahu dalam hidup adalah berjumpa kekasih yang mencintaimu seadanya.

Di hujung jalan pula terletaknya Konda-Kondi, salah satu kafe yang agak popular di Ipoh. Masakan yang sentiasa konsisten membuatkan ianya sentiasa penuh dengan kaki makan. Bonus point diberikan pada  kafe ini kerana ada menyediakan hidangan itik yang agak sukar dijumpai di kafe-kafe lain. More power to Donald Duck.

Tak perlu saya bercerita tentang ruang-ruang DIY lain yang bertaburan di sana-sini jalanan Ipoh. Rasanya memang satu Malaysia tahu Ipoh sejak beberapa tahun kebelakangan ini mushrooming dengan pelbagai outlet bebas.

Fokus kini pada Jalan Sultan Idris Shah yang sentiasa sesak daripada pagi ke petang kerana ianya jalan utama dalam Newtown Ipoh. Mengikut firasat saya, sekiranya beberapa blok kedai yang masih kosong di jalan itu diisi dengan beberapa kool store lain, ianya akan menjadi our own Trunojoyo (sebuah jalanan dipenuhi distro di Bandung).

Sehingga itu, apa yang boleh saya harapkan adalah diskaun hebat setiap kali membeli-belah di PeaceBeUponYou store atas hasil artikel membodek ini.

One thought on “PeaceBeUponIpoh

Leave a Reply

Your email address will not be published.