Rockstars tak payah perasan nak jadi rockstars kalau tak ada bantuan pengurus, sound man, roadie, stage manager, runner dan krew lain. Film director tak usah nak poyo dan lorat nak jadi film director tanpa penyunting, D.O.P, penulis skrip dan pelbagai krew lain yang juga penting. Dan artis-artis Rabak tak perlu nak eksyen sangat tanpa Iqbal Razak.
Siapakah budak bernama Iqbal Razak ini? Yang pertama kita perlu tahu latar belakangnya dan daripada mana dia datang.
Saya mengenali Iqbal pada asalnya hanya melalui surat dan internet. Sejak daripada sekolah menengah dia melakukan banyak cubaan menghubungi saya dan kami berinteraksi bertahun-tahun dengan hanya cara itu. Satu perkara yang boleh buat saya sangat ingat padanya kerana dia datangnya dari Felda Keratong. Saya yang ketika itu haram tak tahu Keratong di mana, sangat yakin apa saja namanya felda pasti berada di satu tempat sangat ceruk. Ketika itu saya berbangga, ada juga anak muda felda yang mengikut kerja-kerja muzik dan buku saya. He must be the koolest kid in that felda.
Satu petang saya bermain di dalam sebuah mall; Sogo atau entah apa kompleks berhampiran situ, saya tak berapa nak ingat. Iqbal datang menonton, di sebelahnya ada seorang makwe cun. Menutup set petang itu saya dedikasikan sebuah lagu cinta pada Iqbal dan makwe cun yang datang bersamanya. Kalau tak silap saya makwe cun itu seorang penulis zine (Hi Sara!).
Selepas tamat saya mengajak mereka berdua join saya makan malam. Di situ saya tahu yang Iqbal akan habis belajar dalam masa beberapa bulan lagi dan saya menawarkan dia kerja bersama Projek Rabak.
Iqbal seorang penjahit yang hebat, itu fortenya. Dia tak tahu bagaimana untuk bikin design, menguruskan event dan beberapa lagi kerja yang Rabak buat. Bila dia mula bekerja dengan Rabak, dia belajar untuk buat semua itu. Di situlah bermulanya banyak masa depan seniman-seniman Rabak di tangan Iqbal.
Dia yang membuat poster setiap kali artis-artis Rabak mahu buat persembahan, dia yang mempromosi mereka di sosial media Rabak, dia yang assist setiap daripada mereka setiap kali mahu memulakan persembahan malahan dia yang menyiapkan pentas untuk mereka setiap kali untuk sesebuah acara.
Segala poster, t-shirt dan apa saja design datangnya daripada budak Felda Keratong ini. Sebelum ini di awal kemunculan Rabak, design banyak dibikin oleh Adam Jalaludin, Shima Scarlett dan beberapa orang lagi sebelum diambil alih secara serius oleh Iqbal.
Sudah agak lama sebenarnya saya tak melepak bersama Iqbal, cuma sejak beberapa minggu kebelakangan ini sudah beberapa kali kami mula lepak bersama sekali.
Budak Pahang ini ada magic, keluarga saya menyenangi dia, kawan-kawan saya menyukainya dan paling boring sekali, setiap perempuan yang saya date pun akan suka melayan si Iqbal ini. Entah santau apa ada pada budak felda ini tak tahulah.
Penulis/penyajak meningkat naik, Ashikin M. pernah cakap pada saya, “Entah apa jadi awak ni kalau DikBal takda dalam hidup.” Dia tahu betapa pentingnya Iqbal dalam kehidupan seharian saya dan saya yakin si cantik Budi Citawan masih berhutang Iqbal makan ais krim yang pernah dijanjinya beberapa purnama dulu.
Dalam sejarah Rabak, dengan Iqbal jugalah orang yang paling hardcore dan teruk pernah saya bertegang urat, kami sampai to the point pernah bertumbuk. Tapi semua itu tak membuatkan kami membenci satu sama lain. Setiap kali bergaduh ianya hanya akan buat kami lebih kamceng.
Kami bergaduh kerana Penjahit Keratong ini tahu betapa teruknya saya as Mohd Jayzuan yang cerewet dan saya juga tahu betapa laidbacknya dia membuatkan saya yang cerewet ini dan dia selalu bertempur, but it’s all good.
Itu belum saya menulis tentang Sefa lagi, oh Tuhan, selamatkan saya daripada dua-dua orang yang extra kool ini tetapi dalam masa sama pentoi level mega. Masa di SoHo, Rabak takkan lancar tanpa Iqbal dan Sefa.
Kini Iqbal menjahit di sebuah kedai legend zaman berzaman di Super Kinta dan sebelah malamnya di Gerbang Malam sementara Sefa akan melanjutkan pelajaran ke Jepun, April nanti. Kedua-dua mereka sedang buat perkara yang paling mereka suka. Much love to them both.
26 Januari ini, Rabak akan memasuki usia 8 tahun. Dalam jangka masa ini, sudah ramai instant famous poets dan performers yang Rabak lahirkan. Ada yang stay, ada yang gerak, ada yang hilang ghaib dan ada yang dah tak peduli dengan gerakan. Bagi saya ianya proses, orang dapat apa mereka mahu dan kemudian terpulanglah pada mereka untuk memberi semula atau buat apa saja. Lagipun, Rabak bukan persatuan Pengakap.
Rabak bukan komitmen secara daily lagi, ianya long term open relationship. Semua orang boleh datang dan pergi sesuka hati. Macam sekolah, lepas dapat ilmu, pergilah keluar meneroka dunia dan terpulanglah untuk sekali-sekala mahu melawat sekolah atau membiarkan ianya mereput. Itu bukan tanggungjawab saya dan saya tak peduli.
Satu yang harus diingat, remember yr roots. Macam Iqbal Razak yang walaupun tak lagi bersama dengan gerakan secara daily, tetapi selalu tahu yang kami masih ada, brotherhood.
Viva Bal.